ALOE VERA UNTUK KESIHATAN

ALOE VERA UNTUK KESIHATAN
Forever Living Products

Sunday, March 31, 2013

Resipi Ayam Penyet

Ayam Penyet adalah masakan tradisi rakyat Indonesia yang berasal dari Surabaya.

Ianya adalah resipi masakan ayam segar yang diperap dengan beberapa jenis rempah dan herba. Daging ayam tersebut di pukul dengan mengguna penukul kayu dan kemudian digoreng garing sehingga berwarna kekuningan.

Keunikan penyediaan sajian ayam penyet ini ialah cara ianya digoreng, walaupun di luar garing tetapi di dalam isinya adalah lembut.

Antara resipi yang boleh anda cuba adalah;

1. Nasi Ayam Penyet: Cubalah resipi nasi ayam penyet ni. Ramai dah cuba. Sedap! Di My Resipi: Resipi Ayam Penyet




2. This is the recipe:

Untuk Ayam-

Ayam 1 ekor (potong potong 8)
Direbus selama 10 min.
Tos kan. Air tadi jgn dibuang dulu. Bleh simpan for soup and tuk masak nasi.

Bahan2 utk dikisar:

Jintan Manis 1/2 sudu besar
Jintan Putih 1/2 sudu besar
Biji Ketumbar 3 sudu besar
Serbuk Kari Ayam 1 sudu besar
Serbuk Kunyit 1 sudu besar
Serbuk Lada Putih 1/2 sudu besar
Bawang putih 3 ulas
Halia 1cm
Air sikit

Kalau nk sedap lagi, jintan ngan ketumbar disangar dulu kasi bau dia naik, baru kisar. Tapi kalau tak nak pun takpe. Lepas da kisar, tambah

Garam 1 sudu kecil

Dah siap pes ni, lumur kat ayam yg dah potong tadi, perap overnite, kalau ada lebih pes, simpan, leh goreng tempe ngan taufu...
Bila nak goreng, golek2 kan atas tepung beras sikit, jadi crispy

Seterusnya baca si AQI - LiveJournal: Resepi Ayam Penyet

3. Nasi Ayam Penyet

Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye :)

* Sedikit minyak masak
* 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
* 10 biji Cili padi
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
* 3 sudu gula merah/secukup rasa

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Teruskan baca kat sini:- http://blogresipi.wordpress.com/Nasi Ayam Penyet = Nasi Ayam Penyek/